I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 27 March 2012

Takrif sidang video
Telesidang atau sidang video merupakan satu sistem penyampaian eletronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video bukan satu alat atau cara yang baru tetapi ianya sudah lama diamalkan dalam sistem pendidikan negara kita.

Jenis Persidangan Video
i.  Banyak ke banyak
ii. Satu ke banyak
iii.Satu ke satu

Kebaikan menggunakan sidang video

         i.            Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa
       ii.            Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagian hierarki sector korporat dan lain-lain sektor
      iii.            Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
    iv.            Membuat keputusan dengan cepat dan spontan
      v.            Mempertingkatkan komunikasi
    vi.            Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja

Kelemahan menggunakan sidang video
         i.            Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal
       ii.            Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.

Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Langkah 1
·         Menyediakan bahan pengajaran seperti power point

Langkah 2
·         Menyediakan papan layar supaya murid dapat melihat dengan jelas
·         Menyediakan pembesar suara supaya suara kedengaran dengan jelas

Langkah 3
·         Memastikan murid dalam keadaan terkawal

Langkah 4
·         Memulakan pengajaran mengikut tahap kemahiran
·         Kemahiran mendengar dan bertutur: bersoal jawab
·         Kemahiran membaca: membaca petikan di papan layar
·         Kemahiran menulis: membuat latihan



Thursday 9 February 2012

LATIHAN 6

Jawab soalan-soalan yang diberi berdasarkan video ini.




1) Apakah hubungan antara wanita dan pakcik tua itu?
2) Nyatakan lima nilai-nilai murni berdasarkan video ini.
3) Pada pendapat kamu, apakah yang akan terjadi sekiranya pakcik tua itu dibiarkan tinggal di rumah orang-  orang tua?



1) Mengapakah Sang Kancil melarang Sang Monyet daripada makan buah tersebut?
2) Nyatakan sikap Sang Monyet yang tidak wajar dicontohi.
3) Berikan tiga pengajaran yang boleh diambil daripada cerita video ini.


1) Mengapakah pengawal keselamatan itu marah terhadap Sudin?
2) Bagaimanakah kita ingin menggunakan kata sapaan yang betul?
3) Pada pendapat kamu, mengapakah budi bahasa itu penting bagi setiap individu?

Tuesday 7 February 2012

LATIHAN 5- PENJODOH BILANGAN



Isikan tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1. Dia menarik se_____ rantai kapal.
A.    utas
B.     ulas
C.    keping
D.    tangkai

2. Emak perah tiga ______ limau.
A.    tandan
B.     buah
C.    batang
D.    biji

3. Polis telah menjumpai se______ pistol di dalam semak-samun itu.
A.    bentuk
B.     bilah
C.    pucuk
D.    helai

4. Semalam, saya berjaya memancing se______ ikan tamban.
A.    ekor
B.     kaki
C.    orang
D.     keping

5. Mereka bermain bola di se______ tanah lapang.
A.    kaki
B.     buah
C.    rawan
D.    bidang

Thursday 2 February 2012

LATIHAN 4- TATABAHASA

Berikan perkataan yang seerti/seiras maknanya dengan perkataan
yang bergaris bawah. 

1. Ahmad memakai sepatu berwarna hijau. 
A.    selipar
B.      stokin
C.    kasut
D.     singlet 

2. Pemandangan di kampung itu sangat indah
A.    cantik
B.      bersih
C.    segar
D.     mewah

3. Aminah berasa sangat gembira kerana dapat melihat rumah  barunya. 
A.    harum
B.    riang
C.   sukar
D. keruh

4."Budak itu bukan musuh saya," kata Osman kepada Lutfi. 
A.    jahat
B.      kembar
C.    penjenayah
D.     seteru

5. Zhilan menerima surat daripada ibunya di kampung
A.    bandar
B.      pejabat
C.    desa
D.     utara

LATIHAN 3- MELENGKAPKAN


 Isikan imbuhan yang sesuai bagi setiap perkataan yang diberi. Tulis jawapan itu di dalam ruangan yang disediakan.

            Kita (perlu).......................... makanan yang seimbang. Jika kita tidak (amal) ........................ makanan yang seimbang, kesihatan kita akan (jejas)...................... Apa yang dimaksudkan sebagai makanan yang seimbang ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan susu. Makanan-makanan ini (kandung) ...................... vitamin yang dapat membantu tubuh badan kita untuk (besar) ........................... 

Isikan tempat kosong ini dengan sepatah perkataan yang sesuai.

Pada suatu malam, sedang saya.......................... televisyen bersama keluarga, tiba-tiba....................... rumah kami diketuk. Saya melihat keluar menerusi corong pintu dan ternampak seorang pemuda sedang berdiri. Saya membuka.......................... pintu. Pemuda itu kelihatan agak gementar. Pemuda itu memberitahu saya bahawa dia telah........................... kemalangan jalan raya. Kaki.........................  cedera. Bapa membantu orang itu manakala saya menelefon ambulans.

LATIHAN 2- KARANGAN AUTOBIOGRAFI

AKU SEBUAH JAM

A. Baca dan fahamkan petikan di bawah ini.

Aku berasal dari Osaka, Jepun. Aku bernama Seiko. Aku dilahirkan di sebuah kilang. Aku menemui rakan-rakan yang sebaya denganku di sini. Setelah beberapa hari aku dilahirkan , aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Rakan-rakanku yang lain dimasukkan ke dalam kotak yang lain. Maka berpisahlah aku dengan rakan-rakanku. Aku dan rakan-rakanku dihantar ke pelabuhan dengan sebuah van. Kami akan dihantar ke sebuah negara yang bernama Malaysia.

Setelah sekian lama, kami pun sampai di Pelabuhan Kelang, Malaysia. Dari pelabuhan itu, kami telah dihantar ke sebuah kedai jam. Aku dan kawan-kawanku dipamerkan di kedai itu dalam sebuah almari kaca. Orang ramai yang lalu di kedai itu melihat-lihat kami. Setelah beberapa hari, datanglah seorang lelaki dan anaknya. Lelaki itu hendak membeli jam sebagai hadiah hari jadi anaknya. Anak lelakinya tertarik dengan dua belah tanganku yang cantik. Dia juga suka melihat mukaku yang berwarna hitam. Begitu juga dengan dua belas mataku yang terukir unik. Bapanya bersetuju membeli aku.

Mulai hari itu, budak lelaki itu menjadi tuan aku. Dia membawa aku ke mana-mana sahaja. Rakan-rakannya di sekolah juga tertarik dengan rekaanku yang unik. Tuan aku ini lasak orangnya. Dia membawa aku semasa bermain bola di padang. Semasa dia mendaki gunung, aku turut dibawa. Kadang-kadang badanku tercalar. Aku terasa amat sakit. Tuan aku tidak pernah merawat calar-calar yang terdapat pada badanku. Mujurlah kedua-dua tanganku masih boleh bergerak dengan baik. Mukaku juga pernah dimasuki air ketika aku dibawa mandi dalam air masin.


Suatu hari, tuan aku pergi mendaki gunung lagi. Dia tidak menyedari yang tali pada badanku telah hampir putus. Sedang dia mendaki gunung, tiba-tiba aku terlepas dari tangannya. Aku terjatuh ke dalam gaung dan terhempas di atas batu. Badanku pecah dan hampir berderai. Kedua-dua tanganku pergi entah ke mana. Tuan aku hanya memandang ke bawah. Dia sedikit pun tidak mempedulikan aku. Dia terus mendaki gunung. Lalu berakhirlah riwayatku sebagai sebuah jam tangan.



B. Beri maksud perkataan-perkataan berikut :
1. Berasal 4. Rekaan
2. Berpisah 5. Tercalar
3. Tertarik 6. Merawat


C. Jawab soalan-soalan pemahaman di bawah berdasarkan petikan
yang diberikan.

1. Apakah yang terjadi sebelum ‘aku’ berpisah dengan kawankawannya semasa di kilang ?
2. Ke manakah jam tangan dihantar setelah sampai di
Pelabuhan Kelang ?
3. Bagaimanakah rupa jam tangan itu ?
4. Bagaimanakah sikap tuan punya jam tangan ?
5. Bagaimanakah berakhirnya riwayat jam tangan itu

LATIHAN 1-SOALAN KEFAHAMAN

USAHA TANGGA KEJAYAAN

A. Baca petikan cerita di bawah ini.

           Amin dan keluarganya tinggal di Kuala Krai, Kelantan. Mereka hidup  bahagia walaupun ayahnya seorang penoreh getah. Amin sungguh bersimpati terhadap ayahnya kerana bekerja kuat untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
             Pagi-pagi lagi ayahnya telah bangun. Berbekalkan sebuku roti dan setabung air kopi, dia menuju ke kebun getah. Kira-kira pukul dua belas tengah hari, bapanya selesai menoreh getah. Di sebelah petang pula ayahnya turun ke sawah padi. Begitulah kerja-kerja yang dilakukan oleh ayah Amin.
Amin berazam untuk mengubah nasib keluarganya. Dia tidak pernah ponteng sekolah. Di sekolah dia belajar bersungguh-sungguh. Di sebelah petang, setelah selesai belajar di sekolah agama, dia mengulangkaji pelajarannya. Dengan usaha dan kerajinannya, dia selalu mendapat markah yang tinggi dalam ujian yang diduduki. Guru-guru Amin selalu memujinya kerana kecemerlangannya dalam pelajaran. Selain maju dalam
bidang pelajaran, Amin juga aktif dalam bidang sukan. Dia mewakili pasukan bola sepak dan juga hoki sekolahnya. Amin telah dua kali dianugerahkan sebagai olahragawan sekolahnya. Dengan kerajinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Amin, tidak hairanlah pada suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya.


B. Beri maksud perkataan-perkataan berikut.

1. bahagia   = .......................................
2. kira-kira = ..........................................
3. mengubah = ......................................
4. diduduki = ­­­­­­­­­­­............................................
5. berjaya   = ...........................................

C. Jawab soalan pemahaman di bawah berdasarkan petikan yang
diberi.

1. Mengapakah bapa Amin bekerja keras setiap hari ?
2. Bagaimanakah kehidupan keluarga Amin?
3. Mengapakah Amin belajar dengan bersungguh-sungguh ?
4. Apakah pekerjaan yang dilakukan oleh bapa Amin ?
5. Mengapakah Amin selalu mendapat pujian daripada        
gurunya ?

D. Berdasarkan cerita di atas, catatkan empat isi utama.
1. _____________________________________________________________
2. _____________________________________________________________
3. _____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________

E. Senaraikan empat nilai murni yang terdapat dalam petikan yang
diberi.
1. _____________________________________________________________
2. _____________________________________________________________
3. _____________________________________________________________
4. _____________________________________________________________


F. Jika anda ialah rakan Amin, bolehkah anda membantunya ?
Nyatakan empat perkara yang boleh anda buat.
1. _____________________________________________________________
2. _____________________________________________________________
3. _____________________________________________________________
4. ____________________________________________________________